About Us
 

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE

 
IMPworlds.Com - Kami Pengeluar Dan Pengilang Produk-Produk ”Halalan Thoyyiba” Bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice) ialah suatu piawaian yang bertaraf pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah ISLAM.
 
Piawaian IMP bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi dan memenuhi Piawaian yang telah ditetapkan ke semua badan-badan dan pengilang-pengilang seperti berikut :-
 
JAKIM
Kementerian Kesihatan Malaysia
Good Manufacturing Practice
ISO
Persijilan dari Eropah
 
Maksud Hadis :
 

” Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya tidak ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.... ”

 
 KELEBIHAN PENGUSAHA IMP

 PENGUSAHA IMP
 
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ”Halalan Thoyyiba” Mestilah :
 
Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarikat
Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan di tuntut di akhirat kelak.
Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna muslim semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T
Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
 
 SITUASI KILANG & BAHAN
 
Susunan dalam kilang mengikut syariat
Tidak ada muzik
Ada Nur bacaan Al-Quran
Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
Contohnya : bersih lagi suci iaitu mengunakan air muktlak.
 
 PEKERJA KILANG IMP
 
Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya (menutup aurat)
Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
Mengetahui tentang air muktlak dan air mustakmal.
Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca proses pengilangan.
sentiasa ada air wudhuk.
Mesti memulakan dengan Bismillah dan Doa-doa khusus.
Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
Perempuan yang Haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian yang lain.
 
 HIKMAH IMP
 
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani.
 
Memadai dengan wudhuk yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita ....
 

Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah.
Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul.
Memakan makanan Halalan Thoyyiba Insyaallah akan merubah 4 perkara iaitu

 

PERMIKIRAN - PERASAAN - JIWA - BUDI PEKERTI

 

 

PANDANG YANG SATU DALAM YANG BANYAK DAN PANDANG YANG BANYAK DALAM YANG SATU

 News
 

TARIKH 2/3/2009

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT DATANG KE IMPWORLDS.COM

IMPworlds.com adalah salah satu rangkaian IMP, di mana IMPworlds.com menawarkan pakej perniagaan untuk Umat Islam.

IMPworlds.com menawarkan kepada Umat Islam yang ingin menjadi STOKIS IMP, sila rujuk ruangan OPPORTUNITY

IMPworlds.com juga menawarkan kepada Umat Islam yang berminat untuk mempunyai Produk Jenama Sendiri, yang dikeluarkan, dikilangkan oleh IMP yang berkongsep 'halalan thoyyiba' sila rujuk ruangan OPPOTTUNITY

Sebarang kekurangan laman web ini, pihak kami memohon maaf

Terima Kasih

www.impworlds.com


TARIKH 10/3/2009

ASSALAMUALAIKUM

syukur kepada ilahi .. dapat update info dalam laman web ini, semoga para pelawat boleh memahami apa itu IMP

sekian, terima kasih


TARIKH 10/3/2009

ASSALAMUALAIKUM

Sekirannya anda ingin menceburi perniagaan produk jenama sendiri, kami boleh membantu, anda boleh mengisi borang yang terdapat dalam page opportunity .... maklumkan kepada kami produk jenis apa yang anda inginkan boleh rujuk pada page Client, atau boleh ke page hubungi isi borang pertanyaan ...

sekian terima kasih

admin